Sunday, April 15, 2012

10 Foto Inovasi dan Teknologi Dalam Perubatan


1.    The Onyx II 9560 is one of Nonin’s (fingertip pulse oximeters)


Nama jenama ini adalah The Onyx 9560. Ia merupakan alat yang dicipta untuk mangawasi atau memeriksa nadi dan tahap ketepuan osigen dalam darah (SpO2). Segala maklumat vital pengguna boleh dimuatnaik, disimpan dan dikongsi  dengan pengamal perubatan yang lain.  Kelebihan alat ini adalah ia mempunyai teknologi Bluetooth untuk berhubung dengan alat yang lain seperti computer dan ia adalah alat tanpa wayar. Selain itu, ia memiliki teknologi SmartPoint and memory on-board untuk mengesan SpO2 dan kadar nadi jantung dengan tepat.

2.    HeartCheck Pen Handheld ECG for At-Home Cardiac Monitoring



Alat yang berbentuk pen boleh digunakan untuk memantau tahap kesihatan jantung melalui ECG. Alat ini boleh digunakan oleh pesakit sendiri di rumah dan disertai oleh perisian yang membenarkan doktor atau pangamal perubatan menganalisis data pesakit tersebut di hospital.

3.    Raising Cane! New Walking Stick Monitors Vital Signs, Provides Navigation


 

Tongkat ini boleh digunakan oleh warga emas untuk menjadi sokongan ambulasi.  Selain menjadi alat sokongan ambulasi, ia juga memiliki teknologi yang tinggi untuk memantau denyutan nadi, tekanan darah dan suhu pengguna. Pemantauan dikesan melalui pergelangan tangan pengguna dan dipaparkan pada skrin LCD di atas peranti. Selain itu, ia memiliki ciri-ciri navigasi yang boleh membantu pengguna untuk mencari lokasi yang dikehendaki atau menghantar lokasi terkini kepada pusat bantuan pusat jika mengalami kesukaran atau tersesat. Pada masa yang sama, maklumat kesihatan juga akan terus dihantar kepada pusat bantuan pusat.

4.    Nicadex Device May Become Part of Formal Smoking Cessation Therapy

 

 

Nicadex adalah alat tangan yang menghantar nikotin yang telah ditulenkan melalui pengewapan larutan nikotin secara farmaseutikal kepada pengguna. Kuasa bateri Litium yang boleh dicas akan melakukan pengewapan secara serta merta untuk menukarkan larutan nikotin kepada wap dan wap tersebut akan disedut oleh pengguna. Sensasi menggunakan peranti Nicadex adalah sama dengan merokok rokok tembakau, tetapi wap yang dihasilkan tidak mempunyai asap dan tiada bahan-bahan yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, tar dan beribu-ribu toksik yang boleh dihasilkan daripada asap  rokok tembakau biasa.

 

5.    Robot Arms Dress the Elderly or Disabled



Sistem robot pertama di dunia yang mencipta robot belajar memakai baju untuk orang kurang upaya secara fizikal dan warga tua. Peranti ini menggabungkan “pengukuhan pembelajaran” dan disesuaikan dengan saiz dan bentuk individu dalam masa beberapa minit.  Robot ini boleh menolong warga tua atau orang kurang upaya dalam pemakaian baju sambil mengekalkan tahap berdikari pengguna. 

6.    Solar-Powered Toothbrush Supposedly Makes Toothpaste Obsolete



Peranti di atas adalah berus gigi berkuasa solar yang tidak memerlukan ubat gigi. Penggunaan panel solar pada berus gigi akan menghantar electron melalui dawai plumbum ke berus. Elektron akan bertindak balas dengan asid di dalam mulut dan akan memecahkan plak tanpa bantuan ubat gigi.

7.    Haptic Technology Teaches Blind Kids How to Write




Peranti ini dihasilkan untuk mengajar kanak-kanak buta menulis. Sistem yang digunakan di dalam peranti ini akan membantu menggerakan pen  dalam arah yang betul. Peranti ini boleh membimbing atau mnngekang beberapa jenis pergerakan. Guru boleh mengajar palajar dengan menulis di atas skrin sentuh. Pergerakkan yang dihasilkan oleh guru semasa  menulis akan menghasilkan gelombang dan gelombang itu akan dihantar kepada pelajar. Pelajar tersebut akan merasai pergerakan yang dibuat oleh guru dan mereka boleh belajar melukis bentuk huruf tersebut melalui isyarat gelombang yang diterima. 

8.    Motorized Shoes Help Elderly Prepare for Walking Accidents





Alat ini dicipta untuk mengajar dan membantu warga tua untuk berjalan dengan yakin. Sistem motor pada bahagian kasut diletakkan bagi mewujudkan halangan untuk pengguna. Dengan ini, pengguna dapat mengawal keadaan semasa berlatih dalam keadaan licin dan mengelak daripada terjatuh.

9.    A New Device to Prevent Those Deep Vein Clots





      
Produk ini adalah bersaiz jam tangan  yang merangsang saraf peroneal  melalui isyarat elektrik. Isyarat ini akan mengaktifkan yang otot lengan yang lebih rendah dan meningkatkan aliran darah dalam urat femoral. Pencegahan stasis vena akan mengurangkan potensi untuk berlakunya pembentukan darah beku. small self-adhesive device tanpa wayar diletakkan di belakang lutut

10. Infrascanner Model 1000 



Alat inovatif hand-held ini boleh mengenal pasti kecederaan dalaman dengan cepat. Tujuan Infrascanner ini adalah untuk mengesan awal intracranial hematoma (pendarahan dalaman dalam tenggorak kepala). Doktor boleh menggunakan Infrascanner untuk menentukan siapa yang memerlukan pemeriksaan seperti CT-scan dengan segera. Dengan meletakkan keutamaan yang lebih tinggi pada mereka yang mengalami kecederaan yang lebih teruk, doktor boleh menyediakan penjagaan yang lebih baik kepada setiap pesakit. Infrascanner menggunakan teknologi yang dipanggil near-infrared spectroscopy yang boleh menebusi tulang dan tisu. Darah yang menyebabkan hematoma akan menyerap cahaya lain daripada bahagian lain.

No comments:

Post a Comment