Hargai Masa
Thursday, May 10, 2012
Monday, April 23, 2012
Sunday, April 22, 2012
Isu Berkaitan Dengan Bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan.
Isu: Penggunaan Teknologi Pada Masa Depan
Pada masa depan, teknologi akan mendominasi bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah turut mempengaruhi dalam bidang perdagangan dan industri. Perubahan dunia yang pesat ini memerlukan penggunaan teknologi yang efisien kerana segalanya diperlukan dengan cepat dan mudah. Penggunaan teknologi pada masa depan juga akan menjadi lebih spesifik kerana melibatkan kajian, teori dan hipotesis. Melalui pendapat ini, dapat dibuat andaian bahawa guru-guru pada masa depan bukan sahaja perlu menghasilkan bahan pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi, malahan bahan tersebut perlu dibuat kajian saintifik supaya dapat dibuktikan keberkesanannya. Terdapat banyak cabaran bagi meningkatkan penggunaan teknologi di kalangan guru untuk kebaikan masa depan.
Cabaran pertama ialah langkah-langkah yang yang boleh diambil bagi menggalakkan guru menghasilkan bahan pengajaran berasaskan teknologi. Salah satu langkah yang boleh diambil ialah membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran teknologi terbaik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Melalui pemilihan ini, setiap sekolah perlu menghantar satu bahan pengajaran berasaskan teknologi bagi pemilihan di peringkat daerah. Bahan pengajaran yang terbaik akan dipertandingkan di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat kebangsaan. Sepuluh bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan di seluruh negara.
Cabaran kedua ialah meningkatkan tahap pengetahuan teknologi di kalangan guru. Peningkatan ilmu pengetahuan guru tentang komputer dan ICT juga akan meningkatkan penggunaan teknologi di kalangan guru. Antara langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan tahap pengetahuan guru dalam bidang teknologi ialah mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer sebagai teras. Tujuan utamanya supaya setiap bakal guru mempunyai kepakaran ilmu yang khusus dalam bidang komputer yang boleh diketengahkan di university seperti multimedia, animasi, pengaturcaraan permainan komputer dan sistem maklumat geografi (GIS).
Cabaran ketiga ialah meningkatkan sikap positif di kalangan guru bagi menggunakan teknologi dalam pendidikan. Sikap positif di kalangan guru akan dapat meningkatkan penggunaan teknologi di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Sikap positif di kalangan guru tentang keperluan penggunaan teknologi ini perlulah dibentuk untuk jangka panjang dan bukannya dibentuk jangka pendek. Sikap positif jangka panjang ini hanya dapat dibentuk jika guru tersebut mempunyai motivasi intrinsic iaitu motivasi yang terbit dari dalam diri dan bukannya kerana faktor luaran seperti anugerah atau kenaikan gaji. Bagi mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi dalam pendidikan ini dengan menyedarkan guru-guru tersebut betapa pentingnya penggunaan teknologi ini dengan member penerangan atau lebih baik membuat lawatan ke sekolah-sekolah malahan negara-negara yang telah berjaya melaksanakan teknologi dan inovasi dalam pendidikan.
Cabaran keempat ialah kelengkapan dan kemudahan di sekolah akan meningkatkan penggunaan teknologi dalam pendidikan di kalangan guru. Kementerian pelajaran sebenarnya telah pun menyediakan keperluan-keperluan asas ini di setiap sekolah seperti membina makmal komputer, membekalkan komputer, LCD dan kemudahan internet. Perkara yang menjadi masalah di sini ialah kelengkapan dari segi komputer dan peralatan terkini atau membaik pulih komputer yang rosak. Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah hendaklah mempunyai inisiatif dengan mendapatkan bantuan daripada pihak PIBG atau pun membuat hari tertentu seperti hari kantin bagi mendapat kewangan untuk melengkapkan sekolah dengan memudahan terkini. Guru sendiri juga hendaklah mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab untuk menyediakan keperluan ini tanpa menunggu bantuan daripada pihak lain. Contohnya membeli sendiri komputer riba dan menggunakannya di dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Cabaran kelima ialah peranan pentadbiran dalam menggalakkan guru menggunakan teknologi dalam pendidikan. Antara langkah biasa yang boleh dilakukan pihak pentadbir sekolah dengan memberi anugerah kepada guru-guru yang aktif menghasilkan bahan-bahan teknologi dalam pendidikan. Namun cara ini bersifat motivasi luaran. Cara lain ialah pihak pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan petadbiran sekolah menggunakan teknologi maklumat. Contohnya sekolah mempunyai laman web sendiri dan melalui web tersebut juga disediakan ruangan bagi guru-guru di sekolah tersebut. Maklumat-maklumat tertentu seperti minit mesyuarat, bahan-bahan pengajaran, markah pelajar hendaklah boleh diakses melalui laman web ini. Jika perkara ini berjaya dilaksanakan, maka akan membudayakan penggunaan teknologi di kalangan guru.
Cabaran-cabaran di atas perlu diatasi dengan bijak untuk menghadapi gelombang teknologi pada masa depan. Bagi menghadapi gelombang ini maka sangat perlu maktab-maktab perguruaan atau di university-universiti menyediakan kurikulum yang dapat melahirkan golongan pendidik berkemahiran dalam rekabentuk instruksional. Penekanan yang serius terhadap teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran perlu dilakukan. Jika perkara ini dipandang ringan, kita akan ketinggalan jauh dari segi pendidikan berbanding negara-negara lain. Ini kerana memang tidak dinafikan penggunaan teknologi dapat menjadikan pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dan menghasilkan pencapaian yang lebih baik.
Saturday, April 21, 2012
10 Video Teknologi Dan Inovasi
3D Medical Imaging
Future Technology that already exist
DIY Healthcare
"Temporary Tattoo" for Monitoring Heart
Winner of the Medical Future Best Bussiness Proposition 2011
3D Visualization, Medical Innovation For Colostomy Patient
Smart Medical Technology-Liftaem
Medical Revolution-The Future
FDA's Medical Device Inovation Initiative
Nursing Technology Stimulation Lab
Sunday, April 15, 2012
10 Foto Inovasi dan Teknologi Dalam Perubatan
1. The Onyx II 9560 is one of Nonin’s (fingertip pulse oximeters)
Nama jenama ini adalah The Onyx 9560. Ia merupakan alat yang dicipta untuk mangawasi atau memeriksa nadi dan tahap ketepuan osigen dalam darah (SpO2). Segala maklumat vital pengguna boleh dimuatnaik, disimpan dan dikongsi dengan pengamal perubatan yang lain. Kelebihan alat ini adalah ia mempunyai teknologi Bluetooth untuk berhubung dengan alat yang lain seperti computer dan ia adalah alat tanpa wayar. Selain itu, ia memiliki teknologi SmartPoint and memory on-board untuk mengesan SpO2 dan kadar nadi jantung dengan tepat.
2. HeartCheck Pen Handheld ECG for At-Home Cardiac Monitoring
Alat yang berbentuk pen boleh digunakan untuk memantau tahap kesihatan jantung melalui ECG. Alat ini boleh digunakan oleh pesakit sendiri di rumah dan disertai oleh perisian yang membenarkan doktor atau pangamal perubatan menganalisis data pesakit tersebut di hospital.
3. Raising Cane! New Walking Stick Monitors Vital Signs, Provides Navigation
Tongkat ini boleh digunakan oleh warga emas untuk menjadi sokongan ambulasi. Selain menjadi alat sokongan ambulasi, ia juga memiliki teknologi yang tinggi untuk memantau denyutan nadi, tekanan darah dan suhu pengguna. Pemantauan dikesan melalui pergelangan tangan pengguna dan dipaparkan pada skrin LCD di atas peranti. Selain itu, ia memiliki ciri-ciri navigasi yang boleh membantu pengguna untuk mencari lokasi yang dikehendaki atau menghantar lokasi terkini kepada pusat bantuan pusat jika mengalami kesukaran atau tersesat. Pada masa yang sama, maklumat kesihatan juga akan terus dihantar kepada pusat bantuan pusat.
4. Nicadex Device May Become Part of Formal Smoking Cessation Therapy
Nicadex adalah alat tangan yang menghantar nikotin yang telah ditulenkan melalui pengewapan larutan nikotin secara farmaseutikal kepada pengguna. Kuasa bateri Litium yang boleh dicas akan melakukan pengewapan secara serta merta untuk menukarkan larutan nikotin kepada wap dan wap tersebut akan disedut oleh pengguna. Sensasi menggunakan peranti Nicadex adalah sama dengan merokok rokok tembakau, tetapi wap yang dihasilkan tidak mempunyai asap dan tiada bahan-bahan yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, tar dan beribu-ribu toksik yang boleh dihasilkan daripada asap rokok tembakau biasa.
5. Robot Arms Dress the Elderly or Disabled
Sistem robot pertama di dunia yang mencipta robot belajar memakai baju untuk orang kurang upaya secara fizikal dan warga tua. Peranti ini menggabungkan “pengukuhan pembelajaran” dan disesuaikan dengan saiz dan bentuk individu dalam masa beberapa minit. Robot ini boleh menolong warga tua atau orang kurang upaya dalam pemakaian baju sambil mengekalkan tahap berdikari pengguna.
6. Solar-Powered Toothbrush Supposedly Makes Toothpaste Obsolete
Peranti di atas adalah berus gigi berkuasa solar yang tidak memerlukan ubat gigi. Penggunaan panel solar pada berus gigi akan menghantar electron melalui dawai plumbum ke berus. Elektron akan bertindak balas dengan asid di dalam mulut dan akan memecahkan plak tanpa bantuan ubat gigi.
7. Haptic Technology Teaches Blind Kids How to Write
Peranti ini dihasilkan untuk mengajar kanak-kanak buta menulis. Sistem yang digunakan di dalam peranti ini akan membantu menggerakan pen dalam arah yang betul. Peranti ini boleh membimbing atau mnngekang beberapa jenis pergerakan. Guru boleh mengajar palajar dengan menulis di atas skrin sentuh. Pergerakkan yang dihasilkan oleh guru semasa menulis akan menghasilkan gelombang dan gelombang itu akan dihantar kepada pelajar. Pelajar tersebut akan merasai pergerakan yang dibuat oleh guru dan mereka boleh belajar melukis bentuk huruf tersebut melalui isyarat gelombang yang diterima.
8. Motorized Shoes Help Elderly Prepare for Walking Accidents
Alat ini dicipta untuk mengajar dan membantu warga tua untuk berjalan dengan yakin. Sistem motor pada bahagian kasut diletakkan bagi mewujudkan halangan untuk pengguna. Dengan ini, pengguna dapat mengawal keadaan semasa berlatih dalam keadaan licin dan mengelak daripada terjatuh.
9. A New Device to Prevent Those Deep Vein Clots
Produk ini adalah bersaiz jam tangan yang merangsang saraf peroneal melalui isyarat elektrik. Isyarat ini akan mengaktifkan yang otot lengan yang lebih rendah dan meningkatkan aliran darah dalam urat femoral. Pencegahan stasis vena akan mengurangkan potensi untuk berlakunya pembentukan darah beku. small self-adhesive device tanpa wayar diletakkan di belakang lutut
10. Infrascanner Model 1000
Alat inovatif hand-held ini boleh mengenal pasti kecederaan dalaman dengan cepat. Tujuan Infrascanner ini adalah untuk mengesan awal intracranial hematoma (pendarahan dalaman dalam tenggorak kepala). Doktor boleh menggunakan Infrascanner untuk menentukan siapa yang memerlukan pemeriksaan seperti CT-scan dengan segera. Dengan meletakkan keutamaan yang lebih tinggi pada mereka yang mengalami kecederaan yang lebih teruk, doktor boleh menyediakan penjagaan yang lebih baik kepada setiap pesakit. Infrascanner menggunakan teknologi yang dipanggil near-infrared spectroscopy yang boleh menebusi tulang dan tisu. Darah yang menyebabkan hematoma akan menyerap cahaya lain daripada bahagian lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)